MERSING ATV
Apa itu ATV. Perkataan ATV ini adalah singkatan kepada
All-Terrain Vehicle yang merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan
untuk aktiviti-aktiviti lasak. Kadang-kadang ATV juga didatangkan dengan enam
tayar selain empat tayar yang kebiasaannya dilihat. ATV juga dikenali sebagai
Quad, Quad Bike, Three Wheeler atau Four Wheeler yang telah didefinisikan
sebagai sebuah kenderaan menggunakan tayar yang bergerak pada tekanan rendah.
Seperti namanya iaitu ATV, ia direka untuk menanggani pelbagai cabaran yang
berbeza daripada kenderaan-kenderaan lain. Walaupun ia merupakan kenderaan yang
dilarang untuk digunakan di atas jalan raya, namun di sesetengah negara barat,
walaupun diharamkan tapi masih boleh digunakan di atas jalan raya contohnya di
negara Australia, Amerika, Kanada dan United Kingdom.
Untuk maklumam, sebenarnya ATV telah lama bertapak di Malaysia semakin hari,
semakin banyak tempat-tempat rekreasi yang menawarkan perkhidmatan untuk
aktiviti ATV ini. Bukan hanya pengusaha pusat rekreasi, malah pengusaha hotel
dan resort juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti ekstrem ATV ini
sebagai salah satu tarikan yang ditawarkan di tempat mereka. Seperti mana
negara lain, ATV juga dilarang untuk dipandu di atas jalan raya Malaysia.
ATV dilihat kian menjadi satu trend kepada anak-anak muda yang gilakan cabaran
dan kepuasan melalui aktiviti ekstrem seperti ini. Untuk memenuhi permintaan
remaja masa kini, maka MERSING ATV MOTORCROSS telah mengambil satu inisiatif
dengan membina satu tapak khas di DATARAN PULAU MERSING,JOHOR untuk menjalankan
aktiviti ATV ini.
.jpg)
No comments:
Post a Comment